Archive for the ‘herba gout’ Category

Sakit gout sudah menjadi satu penyakit yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Cuba bertanya kawan-kawan atau saudara mara, khasnya kaum lelaki yang berumur 30-an ke atas yang kegemukan, sekurang-kurangnya 30% daripada mereka yang ditanya akan beritahu anda bahawa mereka mempunyai masalah bacaan asid urik darah yang tinggi dan sebilangan besar pernah diserang sakit gout.

Masalah gout telah menjadi satu pasaran yang besar bagi pihak pengeluar ubat. Kini terdapat macam-macam ubat gout di pasaran yang dikatakan boleh merawat sakit gout dan menurunkan paras asid urik di dalam darah. Sejauh mana keberkesanannya? Cuba tanya mereka sudah cuba semua ubat ini untuk bertahun-tahun dan tetap mengalami masalah yang sama. Kilang-kilang ubat tergesa-gesa dalam menghasilkan produk, biasanya mereka hanya test ubat baru pada tikus atu arnab yang mempunyai struktur badan yang sangat berbeza dengan manusia. Kesan sampingan ubat bukan sesuatu yang boleh timbul serta merta, ia akan terkumpul di dalam badan kita untuk berpuluh-puluh tahun sebelum simptomnya muncul. Salah satu kesan sampingan ubat moden yang paling kerap kita dengar adalah… Kerosakan buah pinggang!

Ramai orang sedar tentang risiko ini dan mula cuba macam-macam cara alternatif seperti herba dan rawatan tradisional yang lain, ada pula yang sampai berjumpa dengan bomoh! Anda perlu faham bahawa sakit gout adalah salah satu jenis penyakit moden, cara tradisional tidak boleh hapuskannya dengan efektif. Anda perlu satu penyelesain yang moden dan logik mengatasi masalah ini.

Salah satu rawatan yang moden dan bebas daripada bahan kimia adalah Air Alkali Ionik yang memang terbukti boleh meneutralkan macam-macam toksik berasid di dalam badan. Konsepnya adalah sangat senang iaitu…

Asid + Alkali = Neutral

Untuk pengetahuan yang lebih lanjut, sila kunjung laman web berikut:

http://www.rawatangout.com/

Sakit gout adalah penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sinovial sendi, jika dibiarkan, pembentukan kristal-kristal ini akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan kewujudan tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah kesihatan ini telah menjadi semakin serius di kalangan rakyat Malaysia, lebih daripada 50% lelaki dewasa melebihi umur 30 mempunyai masalah hiperuricemia iaitu kandungan asid urik darah yang tinggi. Ini telah menghasilkan satu pasaran kesihatan yang baru. Kini, terdapat pelbagai jenis ubat herba gout di pasaran yang dikatakan boleh digunakan sebagai penawar gout yang boleh menurunkan kandung asid urik di dalam darah.

Kebanyakan herba-herba ini adalah jenis diuretik yang menyebabkan pembuangan air kencing yang banyak, antara herba gout yang popular adalah Misai Kucing dan Mata Pelanduk yang dijual oleh beberapa syarikat makanan kesihatan atau MLM.

Herba-herba seperti ini turut dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana apabila kekerapan kencing bertambah, kandungan cecair di dalam darah turut berkurangan, begitu juga dengan tekanan darah.

Satu kesan sampingan bagi penawar gout jenis diuretik adalah seseorang itu mungkin mengalami masalah dehidrasi yang boleh menjadikan seseorang itu “kering”. Jadi, bagi mereka yang sedang atau ingin mencuba herba gout tersebut, anda dinasihat supaya minum air dengan kerap untuk mengganti air yang hilang melalui air kencing.