Posts Tagged ‘air alkali’

Kita kerap dengar tentang keajaiban Air ZamZam dalam menyembuhi pelbagai masalah kesihatan, termasuk sakit gaut yang semakin menular di kalangan orang ramai pada zaman moden ini. Apakah keberkesanannya dan kenapa Ia mempunyai kesan yang efektif?

Kajian saintis ke atas Air ZamZam menunjukkan ia mempunyai tahap pH yang tinggi, iaitu bersifat alkali. Ini merupakan penjelasan saintifik kenapa air ajaib ini boleh mengurangkan kesengsaraan para pesakit gaut. Ini adalah kerana sakit gout adalah berpunca daripada kepekatan asid urik yang tinggi. Maka dengan meminum Air ZamZam yang bersifat alkali kuat ini, anda boleh kurangkan kandungan asid urik di dalam badan anda.

Penawar Gout ZamZam

Gout adalah berpunca daripada pengumpulan asid urik yang lebih dalam badan. Apabila kepekatan asid urik menjadi tepu, proses pengkristalan akan berlaku dan kristal-kristal asid urik halus akan terbentuk di dalam cecair sinovial dalam sendi. Ia merupakan kristal-kristal halus ini yang merangsangkan tindak balas imunasi badan untuk menghantar sel-sel darah putih untuk menyerang kristal asid urik yang dianggap sebagai benda asing.

Malangnya, tiada satu pun daripada ubat gout yang diberi oleh doktor boleh membantu dalam pengurang kristal asid urik yang telah terbentuk. Kebanyakan ubat atau penawar gout yang terdapat di pasaran adalah hanya untuk tujuan hilang sakit atau hilang bengkak sahaja.

Air Alkali Ionik

Penawar Gout

Sebenarnya, konsep untuk menyembuhkan penyakit gout ini adalah sangat jelas the ringkas. Masalahnya berpunca daripada asid urik, jadi anda cuma hanya perlu fokus pada bagaimana untuk meneutralkan asid urik itu dan kembalikan pH badan kepada tahap yang sihat.

Bagaimana? Anda sama ada perlu makan makanan yang mengandungi unsur mineral alkali seperti kalsium yang tinggi ataupun cara yang lebih senang dan efektif adalah dengan meminum air alkali ionik yang mempunyai kuasa peneutralan yang tinggi. Ingat! Bukan semua air alkali adalah sama. Isilah yang utama adalah IONIK!! Air tersebut perlu dicas dengan tenaga elektrostatik yang tinggi supaya ia boleh meresap ke dalam badan dengan lebih efektif.

Terdapat dua jenis teknologi yang boleh menghasilkan air alkali ionik yang sempurna. Yang pertama adalah dengan penggunaan mesin pengion air (mahal), atau dengan cara yang kedua iaitu dengan mencampur unsur mineral yang telah diaktifkan ke dalam air minuman harian anda.