Posts Tagged ‘sakit gout’

Semakin ramai pesakit gout tengah mencari-cari rawatan alternatif untuk mengganti ubat gout kimia daripada klinik itu. Terdapat macam-macam herbal di pasaran yang dikatakan boleh digunakan sebagai penawar gout, salah satu herbal yang popular adalah Misai Kucing.

Misai Kucing

Misai Kucing adalah herba tropikal yang terdapat di Malaysia. Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga yang kerap ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga Misai Kucing boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 m. Bunganya berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen (misai) yang panjang. Batang pokok Misai Kucing berbentuk segi empa, warn kemerahan, dan tumbuh tegak serta bercabang-cabang.

Pokok misai Kucing yang mempunyai bunga yang berwarna putih boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing kerap digunakan sebagai herbal rawatan penyakit kencing manis.

Salah satu kelebihan Misai Kucing adalah kebolehannya untuk menguatkan saluran kencing dan buah pinggang yang membantu pesakit batu karang. Kajian terbaru turut membuktikan bahawa daun Misai Kucing kering mempunyai sifat diuretik (buat air) yang boleh membantu penyingkiran asid urik yang berlebihan dalam badan.

Terdapat pakar naturopathy mencadangkan kepada pesakit gout supaya makan buah-buahan dengan lebih kerap. Malah, ramai pesakit gout risau untuk makan buah-buahan kerana mereka takut asid, khasnya dalam buah-buahan masam akan menyebabkan serangan gout yang tidak diingini.

Salam faham ini adalah sesuatu yang biasa di atara pesakit-pesakit gout.  Ini adalah kerana kami tahu bahawa sakit gout ini adalah berpunca daripada pengumpulan asid urik lebihan dalam badan. Jadi, segala makanan yang masam atau berasid akan dianggap sebagai bahaya bagi mereka.

Sebenarnya, buah-buahan tidak mengandungi sebarang asid urik. Asid yang terdapat di dalam buah-buahan adalah asid organik seperti askorbik asid (Vitamin C) yang mempunyai sifat anti-oxidant. Apa yang penting adalah bahawa buah-buahan mengadungi unsur mineral alkali yang penting untuk mengimbang semula pH badan seseorang itu. Begitu juga dengan gentian-gentian fiber yang ada dalam sayur-sayuran yang bagus untuk melancarkan gerakan usus.

Anda perlu ingat bahawa penawar gout yang paling berkesan adalah bermula daripada penukaran diet makanan. Kurangkan makanan daging yang berprotein dan purin tinggi. Minum air dengan kerap. Keadah ini mungkin ambil masa yang panjang untuk tunjuk keputusannya, tetapi ia adalah jauh lebih selamat daripada ubat gout yang beracun tu.